Khamis, 6 Januari 2011

LASER

Laser atau nama saintifiknya ‘Light Amplication Stimulated Radiation’ membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.
MANFAAT LASER
PERUBATAN
-Pembedahan mata. Ia mengurangkan darah dan menyembuhkan kesakitan dengan cepat.
-Aplikasi dermatologi (berkaitan kulit), laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat.
-Mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut seperti ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser.
-Pembedahan kecil pergigian juga boleh dilakukan dengan penggunaan laser.
-Pembedahan biasa dapat menggurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa.
KESELAMATAN
-Dalam ketenteraan laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang atau peluru berpandu.
-Polis menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan.
-Sistem penggera. Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri penggesan yang baik.
-Sistem pengimbasan. Menggesan barang berbahaya atau senjata contohnya di lapangan terbang.
TEKNOLOGI DALAM IT
-Penghantaran sistem maklumat dalam sistem komunikasi lebih cepat.
-Menghasilkan kabel sebatian optic yang membolehkan cahaya laser melaluinya.
-Cahaya laser dikatakan mempuntyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10m/s) dalam membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.
TEKNOLOGI DALAM PENGGURUSAN
-Mengimbas imej dengan lebih jelas.
-Cahaya laser juga digunakan dalam pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum da fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkam maklumat imej yang diterima.
-Berbeza dengan mesin fotokopi, ia mengimbas imej dengan menggunakan lampu cahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.
-Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser mengimbas kod bar tersebut dan diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.
HIBURAN
-Penggunaan cahaya laser sebagai pertunjukan cahaya dalam perasmian atau temasya-temasya besar.
-Aplikasi laser dalam CD dan VCD. Alat CD dan VCD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya lazer. Cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan terperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar kita dapat menikmati dalam bentuk filem atau lagu.
PERINDUSTRIAN
-Dalam industri perkilangan, laser digunakan untuk memotong, menggerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan. Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu member ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
-Menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Penggunaannya membolehkan pengusaha perindustrian logam dapat keuntungan yang banyak kerana kerja memotong logam dapat dilakukan dengan cepat tanpa berlaku pencemaran.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
-Penyelidikan kepentingan laser dalam pelbagai bidang.
-Kerajaan telah mengenalpasti bidang baru yang perlu diberi keutamaan dalam kegiatan R&D. Kegiatan- kegiatan ini ditakrifkan sebagai bidang R&D berteknologi tinggi dan kegiatan-kegiatan yang strategik. Kegiatan-kegiatan teknologi tinggi termasuklah bidang teknologi laser.
-Penggunaan laser sebagai sumber tenaga altenatif.
PERTANIAN
-Penggunaan laser meratakan sawah padi. Ketidak tentuan cuaca berlaku pada masa sekarangmenyebabkan teknik merata sawah dilakukan dalam keadaan basah dengan menggunakan traktor yang dipasang back bucket dan land leveler serta berpandukan laser beam.
-Teknik tembak laser pada system ternakan dan tumbuhan juga meningkatkan produktiviti ternakan dan tumbuhan tersebut.
-Ia mempercepatkan proses kematangan dan bilangan produktiviti semakin meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan