Khamis, 6 Januari 2011

PENYAKIT BERJANGKIT BAWAAN VEKTOR

Penyakit nerjangkit bawaan vektor terutamanya nyamuk seperti demam denggi, chikugunya, Japanase Encephalitis (JE) dan malaria masih merupakan wabak yang serius terutamanya di Negara-negara yang sedang membangun. Justeru, pelbagai langkah serius perlu diambil untuk mengawalnya.
Punca penyakit bawaan vector
system saliran yang tidak sempurna
-Sistem perparitan tidak sempurna di kawasan persekitaran perumahan dan perladangan yang tersumbat boleh menjadi punca pembiakan nyamuk.
-Sungai dan longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersumbat/bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk.
PENGURUSAN SISA-SISA PEPEJAL YANG TIDAK SISTEMATIK
-Pembuangan sampah sarap yang tidak dilupus dengan segera menyebabkan bekas yang boleh menakung air seperti bekas botol, plastik dan tin menjadi tempat pembiakan nyamuk.
-Begitu juga dengan bekas yang menakung air dirumah seperti pasu bunga, dan bekas kaki almari juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
TIDAK MENGAMALKAN ASPEK KEBERSIHAN
-Amalan kebersihan tidak diamalkan dengan serius seperti amalan kebersihan diri, kebersihan dalam dan luar rumah kediaman.
-Tidak amalkan kebersihan di premis-premis perniagaan terutamanya kedai makan dan pasar.
-Keadaan yang tidak bersih ini mengundang pembiakan lalat, nyamuk dan tikus yang menjadi vektor kepada wabak penyakit berjangkit.
LANGKAH PENGAWALAN penyakit bawaan vector
PEMUSNAHAN KAWASAN PEMBIAKAN VEKTOR
-Memusnahkan kawasan pembiakan vector seperti semburan dikawasan berisiko oleh unit Kawalan Vektor Kementerian Kesihatan.
-Ternakan kinzir yang dijangkiti JE perlu dimusnahkan dan bangkainya perlu ditanam supaya penyakit tidak merebak.
amalan menjaga kebersihan persekitara
-Menggalakkan aktiviti pembersihan kawasan kediaman ,elalui amaln gotong-royong dengan penduduk setempat.
-Membekalkan ubat jejentik kepada masyarakat setempat.
-Amalan menutup makanan dan membersihkan kawasan ruang makan di rumah kediaman dan premis-premis perniagaan.
mengambil suntikan vaksin
-Suntikan vaksin untuk kumpulan yang berisiko tinggi seperti pekerja ladang kinzir atau yang tinggal dikawasan berhampiran dengan wabak penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan