Ahad, 9 Januari 2011

EPAL

Aiman yang berusia 4 tahun ternampak beberapa potong buah epal dalam mangkuk diatas meja. Dia bertanya kepada bapanya, “Ayah pagi tadi epal ini berwarna putih, tapi kenapa sekarang jadi warna coklat?”
Bapanya menjawab, “Sebab…lepas kita buang kulitnya, isi epal itu akan terkena udara. Ini akan menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan, yang mana struktur molekul epal itu berubah lalu menukarkan warna asalnya kepada warna lain. Oksigen di dalam udara… bla bla bla.. oksida.. hydrogen..air..glukosa… bla bla bla” sambung bapa Aiman panjang lebar dan terperinci. Maklumlah bapa Aiman itu bekerja sebagai seorang pensyarah universiti dalam bidang kimia.
Habis sahaja bapanya memberikan jawapan tersebut, Aiman terus terdiam. Kemudian Aiman bertanya, “Ayah… tadi ayah cakap ngan Aiman, ke?”

1 ulasan:

  1. Grabsville Casinos & Grabsville Casinos - Mapyro
    Looking for Grabsville Casinos & 여수 출장안마 Grabsville Casinos? 평택 출장안마 Mapyro users can 과천 출장샵 search for Grabsville Casinos & Grabsville casinos. Find 전주 출장안마 reviews, ratings, 태백 출장샵

    BalasPadam