Khamis, 6 Januari 2011

PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

KEPENTINGAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS
BIDANG TELEKOMUNIKASI
-Dunia menjadi semakin kecil dengan adanya teknologi telekomunikasi.
-Satelit membolehkan penggunaan telefon, faksimili, television dan telesidang video.
-Satelit juga membolehkan internet berfungsi.
-Boleh berhubung dengan masyarakat luar menggunakan telefon bimbit.
-Maklumat / berita dapat disebarkan dengan cepat secara langsung.
-Tahap keselamatan negara dapat ditingkatkan.
BIDANG PENDIDIKAN MAYA
-Satelit membolehkan cara / kaedah pendidikan terkini disebarkan.
-Satelit siaran langsung membolehkan pelajar mengikuti rancangan pendidikan.
-Pelajar yang tinggal di kawasan terpencil dapat dihubungi.
-Membolehkan pelajar menggunakan peralatan multimedia di Sekolah Bestari secara efektif.
-Membolehkan operasi pendidikan jarak jauh.
-Membuka peluang pembelajaran yang leih luas.
MAKLUMAT DAN METEORLOGI
-Cuaca dapat diramalkan dengan cepat.
-Fenomena alam, pemantauan bencana alam seperti banjir, ribut dan taufan dapat dikesan lebih awal melalui awan yang diambil.
-Memudahkan orang awam membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam tersebut.satelit aeronautic membolehkan kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik dikesan.
-Satelit merupakan ‘remote-sensing’ dapat member amaran bencana alam.
-Sistem laut dapat mengesan kapal laut yang menghadapi masalah dan member bantuan segera.
KAJIAN TOPOGRAFI
-Satelit yang mempunyai kamera inframerah dapat mengambil gambar bumi dengan tepat.
-Gambar ini membolehkan peta dunia dihasilkan dengan tepat.
-Maklumat dari satelit juga dapat digunakan dalam kajian geologi, ekologi dan pemeliharaan hutan.
MENGESAN PENCEMARAN ALAM
-Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah diambil dan dirakam dari sudut.
-Membantu manusia merancang projek pembangunan dengan lebih mesra alam.
-Penerokaan aeroangkasa membolehkan kadar pencemaran alam dipantau dengan lebih tepat.
-Mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak di Teluk Mexico dan kebakaran hutan di Australia.
PEMANGKIN TEKNOLOGI ROBOTIK
-Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan.
-Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding manusia.
-Penggunaan robotik meningkat dengan begitu banyak.
R&D DALAM BIDANG SAINS
-Kajian tentang tarikan graviti terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia.
-Penyelidikan dalam bidang perubatan, bidang pertanian, dan bidang sains secara keseluruhan.
SISTEM PENGANGKUTAN
-Penggunaan system radar secara meluas dalam industry pengangkutan seperti kapal terbang dan kapal laut.
-Penggunaan ‘GPS’ secara meluas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan