Ahad, 9 Januari 2011

BUDAK NAKAL!

Kunalan seorang budak yang nakal. Tak reti diam. Suatu hari, selepas balik dari rumah kawan barunya, Kunalan terus memberitahu bapanya suatu perkara.
Kunalan : Bapak…tadi saya pecahkan pasu besar dekat rumah Uncle Sam. Pasu tu cantik, pak…
Bapa Kunalan : Hah… kau pecahkan pasu besar? Alamak…macam mana bapak nak ganti balik, bapak bukannya ada duit!
Kunalan : Tak apa, bapak tak payah ganti sebab Uncle Sam cakap pasu tu tak ada gantinya, cuma ada satu je kat Malaysia ni…

EPAL

Aiman yang berusia 4 tahun ternampak beberapa potong buah epal dalam mangkuk diatas meja. Dia bertanya kepada bapanya, “Ayah pagi tadi epal ini berwarna putih, tapi kenapa sekarang jadi warna coklat?”
Bapanya menjawab, “Sebab…lepas kita buang kulitnya, isi epal itu akan terkena udara. Ini akan menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan, yang mana struktur molekul epal itu berubah lalu menukarkan warna asalnya kepada warna lain. Oksigen di dalam udara… bla bla bla.. oksida.. hydrogen..air..glukosa… bla bla bla” sambung bapa Aiman panjang lebar dan terperinci. Maklumlah bapa Aiman itu bekerja sebagai seorang pensyarah universiti dalam bidang kimia.
Habis sahaja bapanya memberikan jawapan tersebut, Aiman terus terdiam. Kemudian Aiman bertanya, “Ayah… tadi ayah cakap ngan Aiman, ke?”

Khamis, 6 Januari 2011

PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

KEPENTINGAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS
BIDANG TELEKOMUNIKASI
-Dunia menjadi semakin kecil dengan adanya teknologi telekomunikasi.
-Satelit membolehkan penggunaan telefon, faksimili, television dan telesidang video.
-Satelit juga membolehkan internet berfungsi.
-Boleh berhubung dengan masyarakat luar menggunakan telefon bimbit.
-Maklumat / berita dapat disebarkan dengan cepat secara langsung.
-Tahap keselamatan negara dapat ditingkatkan.
BIDANG PENDIDIKAN MAYA
-Satelit membolehkan cara / kaedah pendidikan terkini disebarkan.
-Satelit siaran langsung membolehkan pelajar mengikuti rancangan pendidikan.
-Pelajar yang tinggal di kawasan terpencil dapat dihubungi.
-Membolehkan pelajar menggunakan peralatan multimedia di Sekolah Bestari secara efektif.
-Membolehkan operasi pendidikan jarak jauh.
-Membuka peluang pembelajaran yang leih luas.
MAKLUMAT DAN METEORLOGI
-Cuaca dapat diramalkan dengan cepat.
-Fenomena alam, pemantauan bencana alam seperti banjir, ribut dan taufan dapat dikesan lebih awal melalui awan yang diambil.
-Memudahkan orang awam membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam tersebut.satelit aeronautic membolehkan kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik dikesan.
-Satelit merupakan ‘remote-sensing’ dapat member amaran bencana alam.
-Sistem laut dapat mengesan kapal laut yang menghadapi masalah dan member bantuan segera.
KAJIAN TOPOGRAFI
-Satelit yang mempunyai kamera inframerah dapat mengambil gambar bumi dengan tepat.
-Gambar ini membolehkan peta dunia dihasilkan dengan tepat.
-Maklumat dari satelit juga dapat digunakan dalam kajian geologi, ekologi dan pemeliharaan hutan.
MENGESAN PENCEMARAN ALAM
-Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah diambil dan dirakam dari sudut.
-Membantu manusia merancang projek pembangunan dengan lebih mesra alam.
-Penerokaan aeroangkasa membolehkan kadar pencemaran alam dipantau dengan lebih tepat.
-Mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak di Teluk Mexico dan kebakaran hutan di Australia.
PEMANGKIN TEKNOLOGI ROBOTIK
-Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan.
-Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding manusia.
-Penggunaan robotik meningkat dengan begitu banyak.
R&D DALAM BIDANG SAINS
-Kajian tentang tarikan graviti terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia.
-Penyelidikan dalam bidang perubatan, bidang pertanian, dan bidang sains secara keseluruhan.
SISTEM PENGANGKUTAN
-Penggunaan system radar secara meluas dalam industry pengangkutan seperti kapal terbang dan kapal laut.
-Penggunaan ‘GPS’ secara meluas.

PENYAKIT BERJANGKIT BAWAAN VEKTOR

Penyakit nerjangkit bawaan vektor terutamanya nyamuk seperti demam denggi, chikugunya, Japanase Encephalitis (JE) dan malaria masih merupakan wabak yang serius terutamanya di Negara-negara yang sedang membangun. Justeru, pelbagai langkah serius perlu diambil untuk mengawalnya.
Punca penyakit bawaan vector
system saliran yang tidak sempurna
-Sistem perparitan tidak sempurna di kawasan persekitaran perumahan dan perladangan yang tersumbat boleh menjadi punca pembiakan nyamuk.
-Sungai dan longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersumbat/bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk.
PENGURUSAN SISA-SISA PEPEJAL YANG TIDAK SISTEMATIK
-Pembuangan sampah sarap yang tidak dilupus dengan segera menyebabkan bekas yang boleh menakung air seperti bekas botol, plastik dan tin menjadi tempat pembiakan nyamuk.
-Begitu juga dengan bekas yang menakung air dirumah seperti pasu bunga, dan bekas kaki almari juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
TIDAK MENGAMALKAN ASPEK KEBERSIHAN
-Amalan kebersihan tidak diamalkan dengan serius seperti amalan kebersihan diri, kebersihan dalam dan luar rumah kediaman.
-Tidak amalkan kebersihan di premis-premis perniagaan terutamanya kedai makan dan pasar.
-Keadaan yang tidak bersih ini mengundang pembiakan lalat, nyamuk dan tikus yang menjadi vektor kepada wabak penyakit berjangkit.
LANGKAH PENGAWALAN penyakit bawaan vector
PEMUSNAHAN KAWASAN PEMBIAKAN VEKTOR
-Memusnahkan kawasan pembiakan vector seperti semburan dikawasan berisiko oleh unit Kawalan Vektor Kementerian Kesihatan.
-Ternakan kinzir yang dijangkiti JE perlu dimusnahkan dan bangkainya perlu ditanam supaya penyakit tidak merebak.
amalan menjaga kebersihan persekitara
-Menggalakkan aktiviti pembersihan kawasan kediaman ,elalui amaln gotong-royong dengan penduduk setempat.
-Membekalkan ubat jejentik kepada masyarakat setempat.
-Amalan menutup makanan dan membersihkan kawasan ruang makan di rumah kediaman dan premis-premis perniagaan.
mengambil suntikan vaksin
-Suntikan vaksin untuk kumpulan yang berisiko tinggi seperti pekerja ladang kinzir atau yang tinggal dikawasan berhampiran dengan wabak penyakit.

TENAGA ALTENATIF

Tenaga altenatif merupakan tenaga lain yang digunakan seperti hidroelektri, biomas, biojisim dan suria.
Manfaat tenaga altenatif
KEBAIKAN KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA
-Membekalkan tenaga yang mencukupi seperti sector perusahaan dan perindustrian.
-Tenaga biomas dan biojisim seperti system pertanian dan sisa haiwan dapat mengurangkan pencemaran.
MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM
-Tidak mengandungi bahan kimia dan dapat menjamin kualiti alam sekitar.
-Tidak seperti bahan api fosil iaitu diesel dan plumbum yang mencemarkan alam sekitar.
MENINGKATKAN MUTU PERTANIAN DAN PERUBATAN
-Mutu pertanian dan perubatan dapat ditingkatkan sepertikawalan biologi yang menggunakan teknologi nuklear.
-Sinaran gamma seperti memandulkan serangga perosak.
-Dari segi perubatan pula, tenaga nuklear dikesan untuk penyakit dalaman seperti kanser.
KEBURUKAN tenaga altenatif
MENJEJASKAN EKOLOGI ALAM SEKITAR
-Pembinaan empangan hidroelektrik, jejas habitat flora dan fauna di Baku, Sarawak.
-Banyak kawasan hutan di tenggelami air.
KESIHATAN MANUSIA TERANCAM
-Bile berlaku kebocoran logi nuklear
-Menyebabkan penyakit barah.
-Penghasilan tenaga nuklear boleh menjejaskan tamadun manusia.

TEKNOLOGI SATELIT

KEPENTINGAN TEKNOLOGI SATELIT
KOMUNIKASI
-Penting untuk era digital apabila alat perhubungan semakain canggih seperti wayerless atau telefon bimbit.
-Skop antara Negara dapat diperluaskan dengan lebih jauh menjagkau 70% penduduk dunia.
-Menyediakan pelagai saluran komunikasi menerusi telefon, faksimili, data computer, televisyen dan lain-lain.
PERHIDMATAN
-Banyak perhidmatan dapat ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta yang meliputi bidang kewangan, pendidikan, bank dan insurans dan lain-lain.
-Segala perhidmatan menghantar dokumen dan visual dapat disalurkan dalam jarak jauh dalam masa yang singkat.
-Perhidmatan computer Rangkaian Perhidmatan Awam (CSL) menyediakan pangkalan data dan maklumat.
-Perhidmatan telekomunikasi ‘jaring’ atau telesidang yang mudah dan canggih dapat meningkatkan kualiti kerja.
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN
-Membantu kerja-kerja pemantauan dan penggesanan atau kebakaran hutan dan sebagainya.
-Mengesan objek yang lebih kecil.
-Mengesan kedudukan musuh atau kemalangan di lauy atau kehilangan kapal-kapal.
-Menggesan kehilangan kapal terbang.
SIARAN TELEVISYEN
-Menerima siaran menerisi satelit komunikasi.
-Menawarkan saluran yang lebih banyak atau 24 jam.
-Membolehkan siaran secara langsung ke seluruh pelosok dunia.
RAMALAN CUACA
-Pemantauan bencana alam – imej di permukaan bumi dirakam oleh satelit dan dianalisis.
-Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, letupan gunung berapi, kebakaran hutan dapat dipantau dengan mudah.
-Mengesan pergerakan rebut atau awan untuk persiapan awal.
-Dapat mengesan limpahan air sungai, kekerapan banjir atau menjaangka berlakunya banjir.
NAVIGASI
-Membantu perhidmatan pengangkutan udara dan air.
-Panduan pelayaran seperti arah kapal atau laluan yang betul bagi mengelakkan pelanggaran.

LASER

Laser atau nama saintifiknya ‘Light Amplication Stimulated Radiation’ membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.
MANFAAT LASER
PERUBATAN
-Pembedahan mata. Ia mengurangkan darah dan menyembuhkan kesakitan dengan cepat.
-Aplikasi dermatologi (berkaitan kulit), laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat.
-Mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut seperti ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser.
-Pembedahan kecil pergigian juga boleh dilakukan dengan penggunaan laser.
-Pembedahan biasa dapat menggurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa.
KESELAMATAN
-Dalam ketenteraan laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang atau peluru berpandu.
-Polis menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan.
-Sistem penggera. Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri penggesan yang baik.
-Sistem pengimbasan. Menggesan barang berbahaya atau senjata contohnya di lapangan terbang.
TEKNOLOGI DALAM IT
-Penghantaran sistem maklumat dalam sistem komunikasi lebih cepat.
-Menghasilkan kabel sebatian optic yang membolehkan cahaya laser melaluinya.
-Cahaya laser dikatakan mempuntyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10m/s) dalam membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.
TEKNOLOGI DALAM PENGGURUSAN
-Mengimbas imej dengan lebih jelas.
-Cahaya laser juga digunakan dalam pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum da fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkam maklumat imej yang diterima.
-Berbeza dengan mesin fotokopi, ia mengimbas imej dengan menggunakan lampu cahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.
-Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser mengimbas kod bar tersebut dan diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.
HIBURAN
-Penggunaan cahaya laser sebagai pertunjukan cahaya dalam perasmian atau temasya-temasya besar.
-Aplikasi laser dalam CD dan VCD. Alat CD dan VCD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya lazer. Cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan terperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar kita dapat menikmati dalam bentuk filem atau lagu.
PERINDUSTRIAN
-Dalam industri perkilangan, laser digunakan untuk memotong, menggerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan. Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu member ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
-Menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Penggunaannya membolehkan pengusaha perindustrian logam dapat keuntungan yang banyak kerana kerja memotong logam dapat dilakukan dengan cepat tanpa berlaku pencemaran.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
-Penyelidikan kepentingan laser dalam pelbagai bidang.
-Kerajaan telah mengenalpasti bidang baru yang perlu diberi keutamaan dalam kegiatan R&D. Kegiatan- kegiatan ini ditakrifkan sebagai bidang R&D berteknologi tinggi dan kegiatan-kegiatan yang strategik. Kegiatan-kegiatan teknologi tinggi termasuklah bidang teknologi laser.
-Penggunaan laser sebagai sumber tenaga altenatif.
PERTANIAN
-Penggunaan laser meratakan sawah padi. Ketidak tentuan cuaca berlaku pada masa sekarangmenyebabkan teknik merata sawah dilakukan dalam keadaan basah dengan menggunakan traktor yang dipasang back bucket dan land leveler serta berpandukan laser beam.
-Teknik tembak laser pada system ternakan dan tumbuhan juga meningkatkan produktiviti ternakan dan tumbuhan tersebut.
-Ia mempercepatkan proses kematangan dan bilangan produktiviti semakin meningkat.