Khamis, 6 Januari 2011

GAJET SAINS DAN TEKNOLOGI

MANFAAT
MEMPEROLEH MAKLUMAT DENGAN LEBIH MUDAH
-Maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan teknologi komputer riba yang boleh dibawa kemana-mana. Komputer riba dicipta untuk memudahkan pengguna mengekses internet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.
-Komputer riba kebanyakannya dilengkapi dengan kamera untuk memudahkan lagi maklumat yang akan disampaikan.
-Penggina juga boleh menggunakn internet melalui iphone untuk mengakses maklumat dengan lebih cepat dan pantas. Misalnya berita atau peristiwa yang berlaku di seluruh pelosok dunia dapat dilihat dan dibaca dalam masa beberapa saat sahaja.
MENJANA PENDAPATAN INDIVIDU, SYARIKAT ATAU NEGARA
-Penggunaan Telekonferens telah memudahkan persidangan atau mesyuarat antara ahli-ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia.
-Penghantaran pesanan boleh dilakukan dalam beberapa saat melalui email atau katalog jualan boleh dihantar dengan segera untuk pengesahan jualan.
-Pengguna dapat menjimatkan masa dan seterusnya menjimatkan kos operasi. Keadaan ini membolehkan peniaga bersaing dengan pengeluar lain dari segi harga.
-Keuntungan syarikat individu dapat dimaksimumkan seterusnya pendapatan negara akan meningkat.
MEMUDAHKAN PERHUBUNGAN ATAU KOMUNIKASI
-Jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar dapat dikurangkan dengan adanya kemudahan peralatan sains dan teknologi.
-Misalnya syarikat-syarikat komunikasi seperti MAXIS dan CELCOM telah menyediakan capaian tanpa wayar di kawasan luar bandar untuk memudahkan komunikasi.
-Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.
MENINGKATKAN MUTU BIDANG FOTOGRAFI DAN ANIMASI ATAU PERFILEMAN
-Bidang fotografi lebih mudah dan canggih kerana setiap gambar yang diambil boleh diedit supaya lebih menarik seperti bidang pengiklanan. Gambar-gambar yang diambil boleh dipindahkan terus kekomputer dalam bentuk digital tanpa menggunakan ‘USB’.
-Bidang perfileman atau animasi pula telah wujud pelbagai kaedah menarik seperti penggunaan dalam filem Avatar.
-Kaedah stereoscopic 3D terbukti menarik, lebih bermutu dan ‘real’.
-Evolusi USB 3.0 dijangka mencapai kelajuan 10 kali ganda lebih pantas dan pemindahan fail sekitar 400Mbps. Berdozen gigabait aplikasi muzik, filem dapat dipindahkan dengan lebih pantas.
MEMUDAHKAN BIDANG PENDIDIKAN
-Pelajar dengan tenaga pengajar dapat berhubung antara satu sama lain tanpa perlu bersua muka. Segala permasalaha dalam pelajaran dapat diatasi dengan segera. Penghantaran email lagi memudahkan komunikasi antara kedua-dua belah pihak.
-Guru juga boleh menyediakan blog-blog untuk pendidikan dan boleh dilayari dengan mudah oleh pelajar.
-Proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan jelas apabila penggunaan bahan seperti LCD, video dan sebagainya.
-Inovasi peralatan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan pelajar serta dapat menjimatkan masa.
KEBURUKAN
PENYEBARAN FITNAH / GAMBAR PRONO
-Penulis yang terlibat menyebarkan fitnah dan gambar porno tidak menghiraukan etika penyiaran dan kebanyakannya untuk suka-suka sahaja.
-Kemudahan internet, handfon, wifi dan lain-lain gajet akan memudahkan maklumat yang berbentuk fitnah disebarkan kepada orang ramai.
-Maklumat seperti gambar porno akan tersebar dal sekelip mata.
-Kemudahan blutooth memudahkan lagi kegiatan tidak bermoral ini beroperasi. Kemudian gambar-gambar ini akan dimuat naik ke Youtube dan dapat ditontoni seluruh dunia.
-Broadband mudah alih yang diperkenalkan membolehkan pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas dan menggalakkan lagi penyebaran fitnah atau gambar-gambar porno.
PENIPUAN
-Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui handphone, internet dan lain-lain gajet.
-Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.
-Keghairahan untuk memiliki gajet terkini seperti kamera, komputer riba menyebabkan pengguna tertipu dengan barang-barang tiruan yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.
-Misalnya, produk Blueberry telah diciplak oleh Negara China walaupun baru 4 hari dalam pasaran.
PEMBAZIRAN WANG
-Kebanyakan pengguna terikut-ikut dengan perubahan gajet baru yang dikeluarkan oleh penggeluar. Mereka berebut-rebut untuk memiliki produk baru.
-Aktiviti in i telah membazirkan wang dan merugikan diri kerana harga produk lama telah turun secara mendadak.
-Lebih buruk lagi apabila pengguna membeli secara kredit, pihak penjual dan pihak bank akan mengaut keuntungan yang tinggi.
-Permintaan yang tinggi akan mendorong peniaga menaikkan harga dengan sewenag-wenangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan