Khamis, 6 Januari 2011

BIODIVERSITI

Biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian biologi seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma kerana ia sangat penting kepada struktur dan fungsi ekosistem.
KEPENTINGAN BIODIVERSITI
BANK GENETIK
-Untuk pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.
-Populasi liar boleh diadaptasikan kepada persekitaran yang berubah dan bersifat tahan lasak.
-Potensi untuk hasil kultivar baru contohnya gandum, jagung dan padi dapat ditanam di kawasan yang kurang baik.
-Tingkatkan ketahanan genetik dengan cara mendapatkan dari biota semulajadi.
-Kepelbagaian biologi merupakan sumber bagi R&D.
SUMBER UBATAN
-Vinkristin dan Vinblastin digunakan dalam perubatan tradisional dan perubatan moden.
-Dadah Taxol yang diekstrak dari kulit Pokok Yew untuk merawat barah payu dara dan rahim.
-Dadah Capoten untuk mengawasi tekanan darah tinggi dan racun ular.
-Kepelbagaian ini mampu digunakan untuk dijadikan anti-kanser, meningkatkan tahap kesihatan, meningkatkan jangka hayat, ubat bius untuk tujuan pembedahan, ubat penenang dan sebagainya.
-Tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Serai Wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan altenatif.
-Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit darah tinggi dan akar pokok Bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.
-Pemuliharaan biodiversities.
PENGEKALAN EKOSISTEM
-Perhidmatan semulajadi.
-Pengekalan kitar hidrologi contohnya hutan, padang rumput dan tanah lembap mampu menyerap air apabila banyak dan membebaskan sedikit semi sedikit apabila berkurangan.
-Tumbuhan menyerap radiasi matahari dan membebaskan wap agar suhu lebih stabil dan sederhana. Daun dan sampah hutan mampu menghalang tanah pecah. Akar pokok mengikat tanah, tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.
-Tumbuhan menghasilkan oksigen.
-Tanah lembap (wetland) mampu menyerap pencemar, stabilkan sedimen dan menyerap nutrient lebihan untuk menghalang Eutrofikasi.
-Mikrob menukarkan kimia organik dan inorganik yang bertoksid.
SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN
-Sumber makan dan minuman kepada manusia dan hidupan.
-Kepelbagaian bahan pewarna, perasa dan sebagainya.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
-Biodiversiti penting untuk menjalankan R&D.
-Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.
-Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.
-Kajian terhadap biodiversity juga akan menjadi disiplin penting di institusisi Pengajian Tinggi.
MEMBEKALKAN SUMBER MAKANAN
-Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.
-Rantaian makanan akan terpelihara.
MENGEKALKAN HABITAT
-Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengeluaran semulajadi.
-Tempat perlindungan hidupan liar.
-Tempat pembiakan semulajadi.
PENSTABIL CUACA
-Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen.
-Menstabilkan kitaran hidrologi.
-Memberikan keseimbangan suhu.
-Mengurangkan kesan rumah hijau.
KESAN NEGATIF SEKIRANYA BERLAKU GANGGUAN TERHADAP BIODIVERSITI
KRISIS AIR DAN MAKANAN
-Sumber air bersih terjejas.
-Hidupan terancam terutamanya hidupan akuatik yang menyebabkan sumber bekalan makanan manusia terganggu.
KETIDAK SEIMBANGAN EKOLOGI
-Gangguan terhadap biodiversiti berlaku menyebabkan ketidak seimbangan ekologi dan bencana alam.
-Kandungan karbon dioksida meningkat, berlakunya kesan rumah hijau dan suhu meningkat.
-Pencemaran.
-Hidupan terancam terutamanya hidupan akuatik yang menyebabkan sumber bekalan makanan manusia terganggu.
ANCAMAN KESIHATAN
-Wabak peyakit.
-Keracunan.
-Alahan.
KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
-Berlaku ancaman terhadap sumber makanan, perubatan dan sebagainya.
-Berlaku gangguan habitat.
LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN TERHADAP BIODIVERSITI
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI
-Aktiviti penanaman semulajadi telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.
-Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak Sumatera.
-Mengistiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
-Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.
-Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas dan biodiesel manakala sisanya pula diproses menjadi kertas.
PEMBANGUNAN LESTARI
-Pembangunan yang tidak mengetepikan alam sekitar (mesra alam).
-Setiap pembangunan mesti mendapat Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
PENDIDIKAN SAINS DAN BIOLOGI
-Memantapkan pembelajaran Sains dan Biologi di sekolah yang memberikan penekanan terhadap pengekalan biodiversiti.
-Menerapkan kepentingan biodiversiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).
PROGRAM KITAR SEMULA
-Penggunaan bahan kitar semula yang meara alam.
-Sebagai contoh besi buruk, kertas, plastik dan kaca.menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MESRA ALAM
-Menggunakan teknologi mesra alam.
-Sebagai contoh penggunaan kereta solar, minyak tanpa plumbum dan biogas kelapa sawit.
-Penggunaan mikroorganisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan